
Sulit
4 tahun
Gatal tangan dan kaki
Saya mengalami masalah kegatalan pada kaki dan tangan, sudah hampir sebulan, saya mencuba ubat dari klinik tetapi tidak berkesan, kesan garu lambat sembuh dan ada kadang2 terdapat gelembung cecair. Adakah kudis buta atau penyakit kulit lain. Ubat apa yang harus saya dapatkan untuk mengurangkan kegatalan dan kesan luka akibat mengaru. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada tangan dan kaki. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis/dermatitis/seborrheic
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Gangguan kelenjar peluh
- Gangguan pembuluh darah atau saraf
- Gejala-gejala awal kencing manis
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Oleh itu, jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!