
Sulit
5 tahun
Gatal teruk di bahagian sulit
Bila datang bulan, pad yg saya pakai buat saya jadi gatal2 di bahagian sulit, celah paha n celah punggung.mula2 saya cuma garu sahaja, ingatkan lama2 dia sembuh, tapi xsembuh jugak malah jadi makin teruk. Bila garu, air bisa akan keluar, rasa sangat pedih sampai ganggu aktiviti harian n tidur malam. Benda ni dah jadi 13tahun sampai skrg ada lagi.dah bnyk ubat klinik n farmasi sy guna, tp x bkesan.antara ubat klinik yg sy penah guna : ointment, aqueous, n dropoline, ubat dari farmasi plk sy dh Lupa nama…n kawasan gatal tu dah jadi hitam. Nak bsama suami pon saya rasa malu bila dh jadi mcmni, Time nak beranak ,rasa malu sangat dgn nurse, bidan n doctor…3bln lagi akan tiba kelahiran ank ke3 saya.saya harap dapat jumpa ubat yg sesuai n bkesan utk saya. Harap doctor blh tlg saya, utk hilangkan terus penyakit ni…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada kawasan kemaluan dan celah kelengkang anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat - ini memerlukan ubat khusus
- Penyakit kulit seperti lichens sclerosis/planus atau ekzema
- Alahan dermatitis pada pad atau kain seluar dalam
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.