
Sulit
4 tahun
Gatal vagina pada vagina
Sya wanita 24thn, ank seorang…mula saya terasa gatal kt vagina dn kena suspek candidiasis, saya juga telah pergi beberapa buah klinik dn sudah dberi ubat…namun ketidak selesaan pada bagian vagina tidak juga hilang, apa perlu saya buat, perlu kh sya buat ujian hpv utk memastikan ianya bukan penyakit kelamin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca faraj gatal. Antaranya:
- Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina) - Kira-kira tiga daripada setiap empat wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Jangkitan yis berlaku apabila yis, candida, tumbuh berlebihan dalam vagina dan vulva. Kehamilan, persetubuhan, antibiotik, dan sistem pertahanan tubuh yang lemah boleh membuat wanita lebih cenderung mendapat jangkitan yis. Selain gatal-gatal dan kerengsaan, jangkitan yis akan menghasilkan lendir yang likat, putih, licin.
- Menopaus/pil atau suntikan kontrasepsi - Penurunan pengeluaran estrogen yang berlaku pada akhir tahun kesuburan wanita boleh menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini boleh menyebabkan gatal-gatal dan radang. Penipisan dinding faraj juga menjadi masalah kepada beberapa wanita yang menyusu.
- Radang disebabkan bahan kimia - Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda disarankan untuk menjalankan ujian STD bagi memastikan anda tiada penyakit kelamin. Jangkitan kulat lebih lazim dalam golongan yang mempunyai sistem imuniti yang rendah, menggunakan pil perancang dan pesakit kencing manis. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hidup lega dan bahagia tanpa masalah jangkitan kelamin. Dapatkan nasihat pakar hari ini.