Anonymous
6 tahun
Gatal vagina terkena jangkitan
saya wanita 37 tahun dah berkahwin dan dah mempunyai anak… tetapi saya sering mendapat jangkitan vagina… gatal dan berair… sebelum nie ada gbs masa pregnt… dr beri antibiotik dan fluomizin… tapi bbrapa mggu pykit tu berulang bolehkah saya gunakan fluomizin berulang kali… kerana ia berkesan beberapa mggu kegatalan hilang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sekiranya anda menghadapi gejala kegatalan pada vagina dan ianya sama seperti sebelum ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan preskripsi baharu. Preskripsi lama dikhuatiri akan terlepas tarikh luput ataupun tidak berkesan pada bakteria tersebut (bakteria baharu ataupun sudah tidak sensitif pada antibiotik tersebut). Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































