
amrinaz_249
5 tahun
Gatal yang tidak sembuh dalam tempoh sepuluh tahun
Saya wanita berusia 30 tahun. Pada usia 19 tahun saya telah dijangkiti penyakit gatal-gatal bermula di satu bahagian kemudian merebak ke seluruh tubuh. Ia berpunca dari kakak saya yang dijangkiti penyakit gatal-gatal ketika beliau merawat seorang ibu yang mengalami alergi gatal dan merah pada kulit selepas bersalin. Sehingga kini penyakit gatal tersebut sangat mengganggu kehidupan saya, selepas bersalin bayi saya juga turut menerima nasib yang sama, bayi kerap menggaru dan selalu demam. Untuk pengetahuan, gatal-gatal ini mudah berjangkit secara sentuhan langsung. Contohnya apabila jari saya merasa gatal dan menyentuh anak, anak pula akan dijangkiti. Gatalnya seakan ada benda merayap di bawah kulit dan jika digaru tidak berparut. Sejak itu kesihatan saya juga sedikit terjejas kerana mudah diserang demam dan sakit kepala. Sehingga kini saya masih takut untuk mengandung lagi kerana risau akan menyebabkan bayi juga tidak sihat. Saya buntu memikirkan masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sebaiknya anda jelaskan apakah terdapat ruam atau kemerahan yang timbul serta perubahan warna kulit yang terjadi.
Memandangkan masalah telah berlanjutan selama beberapa tahun tanpa ada solusi, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.