
rashidbusu76
5 tahun
Gatal yg tak pernah ada kesudahan
Saya berumur 43 lelaki dan ada penyakit addison, 2017 saya mengalami gatal sehingga sekarang

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan kulit yang anda alami mungkin boleh disebabkan:
- Hormon dari pituitari yang berlebihan
- Kesan ubat-ubatan seperti steroid yang anda ambil
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Alahan dermatitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.