
Sulit
5 tahun
Gatal2 di tapak tangan dan dicelah kangkang
Saya seorang isteri dan ibu kpd seorang anak… saya berusia 23tahun… sejak seminggu saya mengalami gatal2 pada tapak tangan sehingga ke pergelangan tangan… kadang2 di celah kelangkang… apabila saya menggaru, saya dapati ada kesan bulat2 di tempat tersebut… boleh saya tahu kenapa… utk pengetahuan,saya pengidap diabetis type 2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal di tangan dan di celah kelengkang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris yang merupakan jangkitan kumpulan kulat
- dermatitis seborrhoic kerana masalah dengan kulit berbulu
- kudis buat ( scabies )
- contact dermatitis kerana sentuhan dengan bahan yang mengiritasi kulit atau yang menyebabkan alahan
- Candidiasis adalah sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis masalah autoimun
Setiap penyebab diatas mempunyai pengubatan yang berbeza. Justeru, sebaiknya anda mendapatkan rujukan doktor agar dapat diberikan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.