Sulit
4 tahun
Gerd and panic desorder
bagaimana untuk sembuh lebih cepat… bagaimana untuk menghindari rasa cemas melampau… jika saya mempunyai gerd asid refluk adakah saya boleh makan banyak?? and jika saya makan sedikit berat saya semakin menurun… apa patut saya buat… dan makanan apa kah boleh membaik pulih kn perut saya kembali?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan
- Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Antara cara-cara untuk anda mengelakkan rasa cemas, anda boleh:
- Mengelakkan diri daripada mengalami situasi yang membuat anda rasa cemas
- Latihan pernafasan
- Perbanyakkan bersenam
- Tidur secukupnya
- Makan makanan yang seimbang
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.






























