Sulit
3 tahun
Gerd atau sakit jantung
Saya wanita dan mengalami gerd.Kadang kala saya risau sbb rasa mcm sakit jantung tapi apabila berjump doktor kata gerd sebab saya beritahu saya gerd.Saya sangat bimbang kerana sakit sakit badan seperti sakit pinggang belakang,rasa sakit jantung,susah bernafas,sedawa banyak,sakit di kawasan miss v dan kadang kala berak berdarah.Saya dah x tahu nak buat apa sbb dah pergi klinik banyak kali.Saya juga pernah check jantung 2 tahun lepas dan doktor kata okay.Saya perlukan penjelasan adakah jantung saya okay apabila doktor kata begitu? saya risau.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyumbang kepada masalah kesihatan anda. Antaranya:
- GERD
- anemia
- pneumonia
- serangan sakit jantung
- asma
Mendengar keluhan anda, masalah yang anda hadapi adalah lebih menjurus kepada GERD. Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan
- Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda. Ubat PPI memerlukan preskripsi doktor. Oleh itu, sekali lagi, berjumpa dengan doktor merupakan alternatif seterusnya sekiranya langkah diatas gagal.
Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.





























