
Anonymous
5 tahun
Gerd Dan sakit payu Dara kiri
Dr, Saya wanita yg berumur 42 tahun, mempunyai penyakit GERD. Baru2 Ni Saya buat scope Dan didapati Ada Kuman h pylori. Sekarang dalam rawatan antibiotik Dan controloc. Saya selalu sakit pada payu Dara Kiri. Rasa seakan menyucuk-nyucuk Dan perut kembung. Saya telah berjumpa doktor Dan diberitau adalah disebabkan asid yg banyak dalam perut menyebabkan Rasa menyucuk2 itu. Saya takut ianya adalah petanda sakit jantung. Boleh tolong jelaskan pada Saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi.
Terdapat banyak gejala sakit jantung. Antaranya:
- Sakit dada sebelah kiri merebak ke lengan kanan, leher dan belakang
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Kaki Bengkak
Jika anda mengalami tanda-tanda seperti ini segera dapatkan rawatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.