
Sulit
5 tahun
GERD; Gastroesophageal reflux disease
Hi, kalau pesakit ada penyakit GERD, boleh ke minum air yang ada kandungan green coffee?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penyakit asid refluks atau GERD ini selalunya akan diterukkan oleh makanan pedas, masam, berasid dan berkafein. Kopi pada dasarnya boleh membuatkan GERD menjadi teruk. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengambilnya, anda perlu memastikan pengambilan ubat GERD anda terkawal. Antara langkah pengurangan simptom GERD adalah seperti mengelakkan makan 3 jam sebelum tidur, tidur dengan bantal lebih serta minum banyak air kosong. Sekian