
haziqs777
5 tahun
Gerd,Kebas,Pening dan bolehkan puasa
Saya lelaki dalam 20 an. Saya mempunyai gerd… Adakah ia boleh menyebabkan anggota tubuh badan saya kebas seperti darah tidak mengalir dengan betul…Saya juga mempunyai sakit kepala di sebelah kanan…Bolehkan saya teruskan berpuasa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, GERD kebiasannya disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya:
- minuman berkafein seperti kopi
- makan makanan pedas
- makan sebelum tidur
- berat badan berlebihan
Jika keadaan ini memudaratkan, saya rasa adalah lebih afdal jika anda tidak meneruskan puasa namun perkara ini perlu dibincangkan oleh pakar agama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.