
Sulit
3 tahun
Gerd pada waktu pagi dan malam
hi dr , im a woman , 27 y/o . im already married about 5 months . saya selalu berasa angin , rasa asik gaster naik keatas pada waktu pagi &tengah malam . tapi akan hilang jika saya makan dan kembali rasa gerd pada waktu malam . adakah saya gastric ? atau ada masalah lain ya dr .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, gejala yang dialami oleh anda ini disebabkan beberapa faktor seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- Radang apendiks ( appendicitis )
- Radang pankreas ( pancreatitis )
- Irritable bowel syndrome
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
- Najis berdarah
- Sembelit
- Penurunan berat badan
- Hilang selera makan
- Gejala mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatan penerangan dan nasihat selanjutnya. Terima kasih