
Sulit
2 tahun
GERD, ubat raniditine
Saya wanita, berumur 25 Tahun, baru-baru ini saya pergi ke klinik untuk masalah sakit dada. Dr mengesyaki sy mempunyai masalah GERD, kemudian saya diberikan dua jenis ubat iaitu antasid dan juga raniditine, tetapi sejurus saya makan ubat raniditine saya rasa loya dan muntah. Adakah ianya kesan sampingan dari ubat tersebut? Simptom saya menjadi makin teruk setelah makan ubat tersebut.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala loya dan muntah yang anda alami selepas mengambil ubat tersebut boleh disebabkan:
- Kesan sampingan ubat - loya dan muntah adalah kesan umum yang seringkali dikaitkan
- Alahan ubat
- Penyakit Ulser perut
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.