
Sulit
5 tahun
Getaran dibawah perut
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya seorang lelaki berumur 21 tahun. Baru baru ini saya merasakan dibahagian bawah pusat seperti ada getaran. Getaran ini datang sekejap kemudian hilang. Saya merupakan seorang perokok yang dalam proses untuk berhenti merokok. Anggaran 1-3 batang rokok sehari. Saya juga merasakan perut saya agak ketat dibahagian sebelah kiri. Selain itu juga saya sering dilanda kebimbangan, contohnya kerap memikirkan kematian dan rasa seperti saya tidak akan bangun pada esok harinya. Mohon pencerahan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, himpunan gejala yang dialami boleh jadi timbul disebabkan oleh beberapa hal, seperti:
- Kebimbangan menyeluruh
- Masalah hormon
- Appendisitis kronik
Memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai rantaian info yang sedikit, kami perlu menanyakan lagi beberapa persoalan dalam mengkaji keluhan anda diatas. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.