
Sulit
4 tahun
Gonore bagi lelaki dan perempuan
saya ada sedikit soalan dr…ubat apa yang bersesuaian bagi penyakit ini dan di mana saya boleh dapat kan ubat nya ye?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Anda amat dinasihatkan untuk merujuk doktor berkaitan masalah anda ini sebelum jangkitan memburuk menjadi parah dan merebak. Hal ini kerana, kalau benar anda mempunyai Gonorea sekalipun, ubat nya tidak boleh dibeli di farmasi begitu sahaja. Anda harus mendapatkan preskripsi doktor dan ubat jenis suntikan untuk pengubatan yang berkesan. Anda tidak perlu malu untuk mendapatkan rawatan memandangkan hak privasi anda dilindungi dibawah undang-undang.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.