
Sulit
5 tahun
Gugur dan cecair di puting
Saya wanita berumur 24 tahun dan mungkin mengalami keguguran.Adakah keluar ketulan daging dan bebola bewarna putih susu itu menunjukkan bahawa saya telah mengalami keguguran lengkap? Dan saya juga keluar cecair yang tidak pekat dari payudara saya setelah keluar ketulan tersebut? Keguguran saya mungkin berusia 6 minggu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa jenis keguguran seperti keguguran lengkap, keguguran tidak lengkap dan keguguran septik. Keguguran tidak lengkap yang bermakna janin tidak keluar sepenuhnya ini boleh membahayakan puan.
Oleh itu, puan disarankan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memastikan keguguran puan adalah lengkap untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini pada masa hadapan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.