
Sulit
5 tahun
Gugurkan kandungan 4 bulan
Saya ingin gugurkan kandungan ini dengan cara yang paling murah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Berdasarkan keterangan di atas, sekiranya anda ingin mengugurkan kandungan anda, anda harus mendapatkan nasihat doktor. Hal ini kerana undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati.
Akan tetapi jika kandungan ini merupakan kandungan yang tidak diingini, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Anda mungkin tidak dibenarkan untuk menggugurkan kandungan namun pihak hospital boleh mencari jalan untuk membantu anda sepanjang anda mengandung dan mengurus bayi tersebut setelah dia lahir.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera. Anda tidak digalakkan untuk melakukan proses penguguran dengan sendiri kerana ianya merbahaya dan boleh membawa maut kepada anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.