Sulit
3 tahun
Gula Dalam Air Kencing
saya adalah lelaki umur 35, saya alami kencing berbuih sejak dari bulan 10 2019 lalu saya buat pemeriksaan air kencing dan pemeriksaan darah menggunakan alat glucometer di klinik kesihatan minggu lalu…dan didapati kandungan gula dalam urin yang tinggi dgn bacaan 4…bacaan gula dalam darah pula 15.8…walaubagaimana pun tidak ada bacaan protein dalam urin…dan baru2 ini saya membuat pemeriksaan sendiri kandungan gula dalam air kencing saya dan didapati negative…boleh doktor beri pandangan…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bacaan yang anda nyatakan boleh membawa kemungkinan anda menghidapi kencing manis. Anda sepatutnya berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan yang lebih lanjut bagi menentukan diagnosis anda. Sejarah kesihatan yang anda berikan tidak mencukupi untuk memberi maklumat yang selanjutnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.