Sulit
6 tahun
Gumpulan lemak di vagina
Saya wanita umur 21… tak pernah melakukan sex… saya mengalami masalah yang membuatkan saya rasa takut… benda ini kerap terjadi apabila saya mengambil antibiotik dalam jangka yang agak lama… sekarang saya sudah stop antibiotik tetapi masalah tersebut masih terjadi… bbahkan lagi byak dari yang sebelumnya… iaitu keluar gumpulan seperti lemak ayam berwarna putih di vagina saya emasa membuang air kecil dan air besar… adakah itu normal
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pertama sekali, gumpalan lemak tersebut adakah boleh disamakan dengan keputihan yang sudah kekuningan dan berketul. Hal ini kerana, melalui pengetahuan saya, tiada gejala lemak keluar daripada vagina. Jika ya, Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Ciri-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Keputihan bukan lah satu penyakit malah ianya ialah gejala bagi penyakit tertentu. Sekiranya keputihan anda ialah keputihan patologi maka ia boleh menyebabkan period terganggu.
Anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera jika masalah ini berlarutan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.


































