
Sulit
4 tahun
Gusi bengkak dan ada rasa aneh selepas cabut gigi
Selepas 3 hari cabut gigi, ada rasa yang aneh datang dari kawasan gigi yg dicabut, saya dapati gusi digigi yang tak dicabut bengkak. Perlu kah saya risau tentang hal ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda boleh mengalami gusi bengkak:
- Penjagaan gusi yang kurang bersih atau memuaskan
- Gingivitis atau periodontitis
- Karang gigi
Anda perlu risau sekiranya anda mempunyai gejala ini dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor:
- Demam
- Terdapat nanah atau cecair yang berbau keluar dari gusi bengkak tersebut
- Sakit gusi
- Gusi kerap berdarah
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh lakukan perkara di bawah:
- Menjaga kebersihan mulut anda
- Menggunakan berus gigi dan teknik memberus gigi yang betul
- Sentiasa floss gigi anda selepas makan
- Menggunakan cecair kumur untuk mencuci mulut anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan yang lebih cerah daripada doktor kami. Terima kasih.