
Anonymous
5 tahun
Gusi bengkak dan sakit berdenyut
Hai…saya baru cabut gigi 2 hari lepas…dan saya dibekal kan dengan ubat pcm dan antibiotik…masalah saya…gusi terdapat biji merah seperti bengkak…sakit yang teramat sangat…dan tidak ada perubahan setelah makan pcm…ape perlu sy lakukan untuk kurangkan sakit gigi ini…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit daripada cabutan gigi mengambil masa 3 hari untuk pulih. Antara cara untuk mengurangkan kesakitan adalah dengan:
- Menuam air sejuk di muka berdekatan kawasan cabutan
- Memakan makanan yang tidak keras seperti bubur atau sup
- Gosok gigi dan mengelak kawasan cabutan. Boleh cuba cecair pembersih gigi.
Jika sakit tersebut tidak pulih malah semakin sakit sehingga mengganggu keselesaan diri dalam masa seminggu dan beserta demam, segera berjumpa doktor gigi semula.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.