
Sulit
5 tahun
Gusi berdarah dan tahigigi
Saya berumur 20 tahun. N beberapa minggu ni gusi saya akan berdarah bila gosok. And dalam hari jumaat haritu saya perasa macam ada tahi gigi tapi tak boleh hilang bila gosok. Tahi gigi tu in one line dengan gusi yang darah tu tapi selang beberapa batang gigi. So how?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gusi berdarah boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Higiene yang kurang
- Plak gigi akibat kurang membersihkan atau teknik membersihkan gigi yang salah
- Mulut kering
- Akibat ubatan
- Akibat perubahan hormon
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak beberapa, dan dapat menganggu kondisi rutin makan anda mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini dengan mengunjungi doktor gigi yang terdekat. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.