
Anonymous
6 tahun
Gusi berdenyut2 pipi sebelah kiri rasa kebas dan denyutan dia terasa sampai ke otak,
saya nurcahaya berumur 26tahun, saya ada membuat temujanji d klinik pada 8may2019 saya meminta tampal gigi saya sekaligus dengan cuci gigi doktor mengatakan gigi sy banyak karang, setelah selepas 8jam gigi saya mulai sakit dan denyutan sanggat sakit sehingga saya merasa kebas d bahagian pipi denyutan boleh terasa hingga ke otak, Saya pergi klinik medisinar dan doktor cakap gusi saya jangkitan kuman, apa kesakitan ini akan hilang? saya ada baca d geogle sakit macam yang saya rasa boleh m’akibatkan nyawa, boleh sembuh ka doktor saya ingin nasihat doktor terimakasih

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, kesakitan gusi selepas pembuangan karang (scaling) boleh menyebabkan kecederaan dan jangkitan kuman kadang-kadang. Anda perlu mendapatkan rawatan selanjutnya seperti antibiotik dan ubat tahan sakit selepas pemeriksaan doktor secepat mungkin untuk mengelakkan komplikasi seperti jangkitan ke bahagian otak dan struktuk dalaman.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih