nellissaazlan
6 tahun
Gusi saya bengkak dan berdarah apabila memberus
Saya wanita mengandung 34weeks. Gusi saya bengkak dan berdarah. Apa ubat yg patut saya letak dan boleh saya makan untuk hilangkan sakit?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah gusi berdarah dan bengkak yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kaviti pada gigi (gigi berlubang)
- radang pada gusi (gingivitis)
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin, warfarin, clopidogrel
- penyakit untuk darah menjadi lebih cair seperti Von Willebrand disease
Saya menyarankan puan untuk menjalankan prosedur scaling dengan doktor gigi kerana karang gigi mampu menyebabkan radang dan bengkak pada gusi yang seterusnya senang untuk berdarah. Anda patut scaling sekurang-kurangnya sekali setahun
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























