
Sulit
5 tahun
Gwww.doctoroncall.com.my
Hello saya nk bertanya…saya baru gugur dlam 8 hari.so seblum saya ggur,saya penah intim bersama suami …so saya nk tanya adakah saya bole mengandung dalam masa yang lepas gugur tu??..dgn darah masih keluar lagi…so saya rasa muntah2 sekrang,saya takut lekat lagi,sbb saya baru gugur…apa pendapat doktor??bolekah saya megamdung dlam masa baru gugur 8 hari…???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda menjalani hubungan intim semasa jani masih di dalam rahim, peluang untuk anda mengandung adalah tipis. Selain itu, ia mengambil masa selama lebih kurang 2 minggu untuk anda berovulasi setelah keguguran.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.