Sulit
3 tahun
Had pengambilan Pyridoxine HCI 10mg
Saya seorang wanita berusia 24 tahun. Pertanyaan saya adalah berkaitan pengambilan pyridoxine, brapakah had pengambilan yang dibenarkan dalam masa sehari?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, pyridoxine merupakan salah satu bentuk vitamin B6. Berkenaan had pengambilannya, anda perlu berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi secara peribadi kerana lebih banyak maklumat yang perlu diperlukan lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan.
Dos untuk vitamin ini adalah berdasarkan masalah kesihatan yang anda alami dan respon badan anda terhadap vitamin ini.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan ingin mengambilnya, sila hubungi (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi mengenai keadaan anda. Terima kasih.