
Sulit
4 tahun
Hadapi Covid dalam pantang
Saya 34 tahun, saya masih dalam pantang 16 hari, saya serumah dengan adik yang disahkan positif Covid19, dia sudah dihantar ke MAEP serdang, saya sudah buat swab test dan disah positif, rumah nie terlalu ramai orang, saya buat swab test sebab saya demam dan selsema, boleh kah saya menyusu bayi saya? Dan bagaimana pula anak saya lagi 2 orang, mereka tidah ada simptom… saya jadi amat risau dengan bayi yang masih 16 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Umum mengetahui bahawa saat ini seluruh dunia dilanda wabak COVID-19. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan ibu terus memberi bayi mereka susu badan biarpun ibu menghidap simptom COVID-19. Hal ini kerana manfaat susu ibu adalah lebih besar daripada risiko yang timbul jika ia diberhentikan. Ibu yang disahkan menghidap COVID-19 harus digalakkan untuk memulakan atau meneruskan pemberian susu ibu melainkan jika ibu tersebut sangat tidak sihat. Wanita yang menghidap COVID-19 harus mendapat sokongan untuk menyusu dengan selamat.
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda telah disahkan positif covid, maka hendaklah mengasingkan diri sepanjang tempoh kuarantin walaupun berada di rumah. Hal ini penting bagi melindungi ahli keluarga lain yang tidak terlibat dengan jangkitan wabak ini, daripada dijangkiti.
Kuarantin di bilik bermaksud tiada percampuran rapat dengan ahli keluarga lain samada makan, bersembang bersama kecuali mampu menjaga jarak yang ditetapkan, pakai pelitup mulut dan hidung, serta tiada sentuhan. Makanan boleh disediakan tetapi tidak boleh dikongsi bersama termasuk peralatan makan dan minum seperti pinggan, sudu dan garfu adalah disyorkan untuk diasingkan khusus selama tempoh kuarantin.
Anda juga perlu mengamalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini