
Sulit
5 tahun
Haemorrhoid / Buasir
Hi Dr. Saya sedang breastfeeding dan mengalami masalah buasir. Sebelum saya pregnant saya pernah mengalami masalah buasir beberapa kali dan pernah mengambil tablet daflon dan hemo rid (prescripition Doktor). Sekarang saya sedang breastfeeding, adakah selamat untuk saya mengambil tablet daflon atau hemo rid? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kajian saintifik tidak mencukupi untuk mengesahkan tiada risiko sewaktu mengambil kedua ubat tersebut sewaktu menyusu. Maka, kata putus samada ia boleh diambil harus dibuat oleh doktor yang anda jumpa dan memberi preskripsi ubat tersebut. Hal ini kerana ia hanya boleh diambil jika buasir yang anda hadapi memerlukan rawatan tersebut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.