
Sulit
5 tahun
Haid 15hari atau Lebih
Sy berumur 21tahun, saya mengalami haid 15hari setiap bulan, kdg2 lebih. Haid saya mula lama sejak saya berumur 18. Flow Haid sy normal, tak byk sgt dan x terlalu sedikit sepanjang 7hari, kemudian haid sy akan stop sehari atau 2hri kemudian, akan ada darah balik smpai ke hari ke 15. Normal ke mcm tu doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, corak haid bergantung kepada individu. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai punca kepada haid berpanjangan. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.