
Sulit
4 tahun
Haid 2 kali dan lebih banyak berbanding sebelumnya
Sy wanita 26 tahun. Belum berkahwin. Sebelum ni haid sy normal. Kali ini, selepas habis haid lebih kurang 5 hari, sy didatangi haid sekali lg dan kali ini lebih byk berbanding yg pertama. Sy risau sekiranya melibatkan rahim. Boleh dr. terangkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid yang tidak teratur dimana anda mengalami haid kali kedua pada bulan yang sama. Untuk makluman anda, masalah haid yang tidak teratur atau haid yang datang kali kedua boleh disebabkan oleh beberapa faktor:
- Ketidakseimbangan hormon
- Ovulasi atau Ovulation Spotting
- Penyakit yang menyebabkan anda tidak berovulasi
- Masalah tiroid
- Stress atau kegelisahan
- Penggunaan kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Endometriosis (Ketumbuhan tisu rahim pada luar rahim)
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Jangkitan kuman pada serviks atau rahim
- Kehamilan ektopik
- Kanser rahim atau ovari
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Puan tidak perlu risau lagi kerana gejala haid tidak teratur ini kadangkala merupakan perkara yang biasa dialami oleh 50% segolongan wanita yang sihat. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan dan jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Pendarahan yang terlalu kerap dan banyak
- Sakit senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid
- Rasa ketulan pada kawasan rahim dan ovari
- Keletihan dan tidak bermaya
- Penurunan berat badan yang mendadak
- Kurang selera makan
- Menggigil atau berpeluh malam, serta kemerahan pada muka
- Kegatalan atau keputihan pada kawasan faraj
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!