
saputri07061998
5 tahun
Haid 2 kalo sebulan darah sdikit
saya wnita 21 thn mulai bln 6 ni saya haid 2 x pertma tgl 5 dan kdua tgl 20 apakah itu normal dok?tpi darah yg kluar sdkit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid tidak teratur. Antaranya ialah:
Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti.Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu.Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.