
Anonymous
5 tahun
Haid 3 hari dan berhenti adakah normal
Saya wanita berumur 26 tahun dan telah berkahwin…saya mengalami haid pada 10 mei dan berlangsung selama 5 hari…kemudian saya tidak didatangi haid selama cycle day yg ke 48,tiba-tiba darah keluar pada 27 jun dan hanya berlangsung 3 hari…hri pertama dan kedua heavy flow hari ke 4 dah berhenti…soalan saya adakah normal kitaran seperti ini dan masa haid yg singkat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa proses mencapai menopaus. Punca-punca yang boleh menyebabkan haid lewat termasuk:
• Gangguan hormon di pituitari atau hypothalamus
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan berkurang secara drastik atau berlebihan
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid.
- Masalah organ reproduktif wanita seperti fibroid, ovarian cyst
Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.Kenaikan dan kejatuhan tahap hormon akan mengawal proses kitaran haid pada setiap bulan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.