
Sulit
5 tahun
Haid 4bulan tak datang
Saya ainul,umur 30tahun sudah berkahwin 2orang anak,anak pertama umur 12tahun bersalin normal anak kedua 5tahun bersalin ceaser…saya ingin bertany,dahulu haid saya regular datang setiap bulan normal seperti biasa… tapi selepas saya bersalin anak no dua haid saya mula tak teratur last saya haid awal bulan 12 tahun 2019.masuk 2020 januari sampai april sekarang haid tak datang…agak risau jugak nak kata saya emosi atau ada masalah syukr saya boleh hadapi masalah keci2 sahaja tak ada yang buat saya rasa emosi.berat badan naik? Mula2 saya fikir mcm tu maybe berat naik tapi saya memang jenis badan besar dari dulu dari keci jenis badan besar haid dlu ok sahaja walaupun badan saya naik… jadi saya agak risau sebab baru nie saya mengalami sakit dada yang tak pernah saya rasa sebelum nie…jadi macam mna ye saya nak atasi masalah nie yelah agak risau jugak…thanks hope doc dapat bantu.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Penggunaan kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga atau suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional
Jika anda merupakan seorang yang pernah menjalankan hubungan kelamin tanpa perlindungan, anda harus mendapatkan ujian kehamilan. Kehamilan merupakan punca utama kelewatan haid. Banyak wanita tidak sedar bahawa haid yang lewat merupakan tanda pertama kehamilan. Selain kehamilan, gangguan hormon merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur. Jika anda disahkan menghidap gangguan hormon, kondisi ini sering dirawat dengan ubatan hormon atau pil perancang keluarga. Oleh itu, anda harus mengambil ubatan hormon yang diberi oleh doktor seperti yang telah dinasihatkan dan kembali berjumpa dengan doktor jika ubat tersebut tidak berkesan.