
nurshahzleen4
5 tahun
Haid Berpanjangan 2 bulan
Saya wanita berumur 22 tahun dan masih belum berkahwin. Saya period non stop dari 20/8 haritu. Lepastu jumaat 4/10 haritu saya jumpa dr. Dr ambil darah n cakp bacaan semua okay. Tapi takut darah kurang, so dr bagi jugak vitamin tambah darah and dr bagi ubat berhenti darah dan pil perancang. Leps beberapa hari makan ubat, period stop. Tapi leps seminggu period keluar semula. Walaupun makan ubat. Rahim sentiasa rasa macam diperah2. Saya pernah buat scan tahun lepas tapi dr kata takde apa pun. Jadi macam mana ya dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
memandangkan anda sudah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan, sekiranya masalah ini kembali semula dan berpanjangan, anda disarankan untuk mendapatkan semula rawatan lanjut. Hal ini kerana kemungkinan rawatan yang diberikan tidak bersesuaian atau terdapat punca masalah yang tidak dapat dikenalpasti.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.