
yati8387
5 tahun
Haid berpanjangan dalam kuantiti sedikit dan tidak menentu
Salam, doktor. Saya ialah seorang penjawat awam berusia 32 tahun dan mempunyai 2 seorang anak berusia 10 tahun dan 8 tahun Sejak 6 bulan yang lalu, saya kerap mengalami haid yang berpanjangan dalam kuantiti sedikit dan tidak menentu, saya hanya menggunakan pantyliners sahaja. Biasanya kitaran haid saya adalah setiap 30 hari sekali dan pendarahan berterusan selama 3 minggu. Kebelakangan ini, jumlah pendarahan saya pun tidak menentu. Saya boleh berdarah sedikit sahaja setiap hari ataupun berlarutan selama sebulan.Namun begitu, saya tidak mengalami senggugut pada setiap kitaran.Untuk makluman doktor saya menggunakan alat perancang keluarga didalam rahim (IUCD) adakah ini penyebab haid saya jadi berpanjangan dalam kuantiti sedikit dan tidak menentu, ujian pap smear saya lakukan setahun sekali tiada masalah.Bolehkah doktor jelaskan sedikit mengenai masalah haid berpanjangan dalam kuantiti sedikit dan tidak menentu ini? Apakah punca berlakunya masalah ini? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, samada pola haid yang diluar kitaran normal 28 hari ataupun perdarahan haid melebih 8 hari, keduanya juga dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal (abnormal uterine bleeding). Apabila perdarahan rahim abnormal terjadi, ia kemungkinan disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana haid tidak teratur dapat disebabkan oleh bermacam penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor tentang maklumat lanjut ataupun klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.