
Sulit
4 tahun
Haid berpanjangan dan pap smear
Saya wanita berumur 30 tahun. Saya telah mengalami haid yang berpanjangan sehingga 1 bulan lebih (sejak 28/08/2020 sehingga ke hari ini) . Namun darah haid yang keluar ada dalam kuantiti yang sedikit. Saya telah 2 kali berjumpa doktor. Kali pertama (16/09/2020), doktor telah memeriksa keadaan rahim dan tidak terdapat sebarang masalah. Doktor hanya memberikan ubat asid tranexamic (henti darah) dan tambah darah. Kali kedua (28/09/2020), doktor memberikan ubat Norethisterone (henti haid) dan menyuruh saya datang kembali 3 - 4 hari haid berhenti untuk menjalani ujian pap smear. Pada ketika itu, doktor juga memaklumkan bahawa selepas saya memakan ubat tersebut, haid saya akan berhenti dalam 3 - 4 hari lagi. Namun, sehingga kini, haid saya masih keluar. Soalan saya, adakah saya perlu menunggu sehingga haid berhenti untuk menjalankan ujian pap smear? Bolehkah saya mengadakan hubungan seks 2 hari sebelum menjalani ujian pap smear?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang haid tidak berhenti sejak 3-4 hari lepas walaupun telah berjumpa dengan doktor. Anda juga telah memakan ubat Tranexamic Acid dan Norethisterone untuk menstabilkan haid anda tetapi haid anda masih berpanjangan
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tingkatkan kualiti hidup anda sebagai wanita moden dengan pemakanan berkhasiat!
Sekiranya gejala ini berterusan dalam jangka masa lama yang panjang, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi agar mendapatkan solusi yang terbaik. Hal ini juga boleh mengelakkan risiko anaemia atau kurang darah merah yang akan menyebabkan keletihan.
Berkenaan pertanyaan anda tentang ujian pap smear:
a. Anda perlu menunggu sehingga haid berhenti sebelum melakukan ujian Pap Smear kerana perkara itu boleh mengganggu keputusan Pap Smear
b. Melakukan hubungan seks 2 hari sebelum ujian Pap Smear adalah TIDAK dibenarkan kerana boleh mengganggu keputusan ujian Pap Smear
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi.
Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!