Sulit
6 tahun
Haid Berpanjangan dan Tidak Stabil
Saya wanita berumur 18 tahun dan mengalami masalah haid yang tidak stabil. Saya pernah datang haid selama 2 bulan berturut turut dan sejak itu haid saya tidak lagi sekata. Ada kalanya ia datang sebulan sekali, ada kalanya ia datang 2 bulan sekali, ada kalanya tidak datang langsung… Haid pula datang dalam tempoh sedikit sahaja. Saya juga wanita lebih berat badan iaitu 83kg dan tinggi 156cm. Oleh itu, apakah masalah saya? Saya risau saya mempunyai masalah cyst atau tidak subur kerana haid saya yang tidak teratur.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Faktor umur yang masih muda
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik ovari atau kista ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























