suhana.rahim2479
6 tahun
Haid Berpanjangan lebih dari 15 hari
Saya berusia 39 tahun dan mempunyai masalah haid tidak teratur semenjak lepas berkahwin pada 2014. Byk doc pakar gynae yg saya dah jumpa dan semua prosedur telah dibuat seperti scan, hsg, d&c dan memasukkan camera di dlm tiub fillopia. Doc mengatakan tiada sebarang cyst,fibriod,picos atau kanser. Last check up dgn doc gynae pada awal tahun ini pada bln 3. Skang masalah sama berulang kembali dimana darah tak berhenti dari 16 Jun sehingga kini. Permulaan darah keluar sedikit dan sejak seminggu lepas berketul-ketul dan sekarang cuma darah sahaja yg keluar berwarna merah gelap. Ape perlu saya lakukan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal seharusnya terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Haid adalah berpanjangan sekiranya anda mengalami haid selama lebih dari 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Nasihat kami, anda boleh dapatkan konsultasi dan pemeriksaan dari doktor berbeza bagi pandangan kedua.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































