
Filzah
6 tahun
Haid berpanjangan lepas lahirkan anak
haid berpanjangan hingga sebulan. lahirkan anak pada oktober 2017. haid pertama pada november normal. haid kedua pada december berlarutan hingga kini.

6 tahun
Salam sejahtera.
Dari kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami perdarahan yang yang berpanjangan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berlebihan.
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer)
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Gangguan hormon juga boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan atau haid yang tidak teratur. Tekanan emosi, stres, senaman yang melampau serta berat badan yang terlampau rendah (BMI kurang dari 17) boleh menyebabkan gangguan hormon.
Untuk mengatasi masalah anda, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan menjalankan permeriksaan fizikal serta ujian untuk mencari punca perdarahan haid berpanjangan. Rujukan kepada pakar ginekologi juga akan diberi jika diperlukan.