
Anonymous
5 tahun
Haid berpanjangan melebihi 15 hari
Saya wanita berumur 30thn. Sudah berkahwin dah mempunyai 2 org anak. Sy mengambil pil perancang noriday slps anak kedua dilahirkan. Sy tidak dtg haid slps itu sehingga anak kedua berumur 10bln.
Haid dtg tidak teratur. Kdg2 7 atau 8 hr. Tp sejak beberapa bln lepas, haid sy dtg melebihi 15 hari. Kdg2 sehingga 20 hari. Kemudian selang seminggu, darah mula keluar balik. Bermula dgn ketulan bewarna kehitaman, kemudian darah merah.
Sy musykil sbb tak pasti bagaimana nk uruskan bab ibadat spt solat dan puasa. Adakah dikira haid atau tak sbb belum cukup tempoh 15hr suci, darah keluar lg.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS, tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Namun begitu, pengambilan pil perancang juga boleh menyebabkan gejala yang anda alami. Perubahan terhadap kitaran haid (haid tidak teratur, kerap mempunyai haid) adalah kesan sampingan pengambilan pil perancang. Sekiranya anda mendapati masalah ini berterusan/ mempunyai symptom seperti sesak nafas,pening,rasa letih,sakit perut yang teramat sila jumpa seorang doctor.
Berkenaan dengan ketulan berwarna merah gelap/hitam, ia adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.