
Anonymous
6 tahun
Haid berpanjangan melebihi 22hari
Hi dktor, sy berusia 27thun Dan sedang ikthiar hamil. Masalah sy ialah haid sdh 22hari.sedikit tp berpanjangan. Sy tlh jmpe dktor Dan scan mngatakan hnye mslh angin. Then drtor hnye sruh sy ambil ubt angin slme 1bln.tp hingga skrg drh masih ada. Blh bntu sy dktor bgaimne nk hentikan darah.
Beberapa bln yg lps sy ada amalan jus mamom hope, x pasti mslh haid sy ini disebabkan oleh juas itu atau mmg mslh lain

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Amalan jus yang anda ambil juga boleh berkemungkinan menjadi penyebab kepada masalah ini. Memandangkan just tersebut tidak diketahui kandungan, keberkesanan dan kesan sampingannya, anda disarankan untuk berhenti dari mengambilnya dan merujuk masalah haid berpanjangan ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!