
Sulit
5 tahun
Haid berpanjangan sehingga 2 ke bulan dan berketul
hai dr. sy wanita berusia 26 tahun…masih bujang dan tidak pernah melakukan seks… dalam masa setahun ni, sy mengalami kitaran haid yg tidak teratur… pertamanya, haid sy berpanjangan sehingga 2-3 bulan… sy pernah ke klinik pakar wanita, dan setelah scan, dr tersebut cuma kata masalah hormon… dan sy diberi ubat norcolut… pendarahan sy berhenti setelah consume ubat tersebut, dan sy berhenti ambil ubat tu… 2-3 bulan selepas itu haid sy normal iaitu 7 hari… tetapi kitaran nya untuk haid seterusnya adalah 30-40 hari… dan kini haid sy kembali semula berpanjangan dan hampir 2 bulan… sy pegi semula ke klinik yg sama, dan scan untuk kali kedua… dr masih kata tiada masalah pada rahim sy…dan lately ni, haid sy seperti keluar ketulan seperti lintah…boleh dr beri sedikit penerangan mengapa haid sy begini? adakah sy berisiko untuk kanser rahim? untuk pengetahuan dr, berat badan sy 80kg dan tidak mengalami berat badan yg turun mendadak… haid sy juga tidak merasa sakit…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, untuk menangani permasalahan pendarahan haid berpanjangan ini, puncanya harus ditangani. Terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Antara rawatan lain bagi pendarahan berlebihan adalah seperti pil perancang keluarga, IUCD, rawatan hormon, kaedah “ablation” dan pembedahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Terima kasih.