
Anonymous
6 tahun
Haid berpanjangan sehingga hari ke 17
Saya wanita yg sudah berkahwin. Hari ini hari ke 17 saya dtg haid. Pada hari yg ke 10 - 16 darah haid keluar sedikit sahaja. Tapi pada hari ke 17 haid saya keluar byk sehinggakan saya terpaksa memakai tuala wanita. Darah yg keluar semakin byk. Saya risau. Apa patut saya lakukan? Adakah itu normal?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid berpanjangan. Antaranya ialah:
- Diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.