
Sulit
3 tahun
Haid berpanjangan selama 3 bulan terturut turut
Sya perempuan br berumur 18 tahun. Saya menghadapi haid berpanjangan. Masa umur 16 tahun,sy dtg haid 3 bulan berturut turut, tetapi pd kadar yg sgt sedikit seperti keputihan. Lepastu sy pergi ke klinik. Haid kembali normal utk 3 bulan, kemudian jd semula dan sy amik ubat utk kali ke 2. Mslh itu berlanjutan. Satu hari, sy bermain kolam selama 2 hari. Haid sy kembali normal. Slps beberapa bulan, haid kembali berpanjangan. Sy mula berjoging, dan haid sy kembali normal. Start ms puasa, haid sy kembali x normal semula.
sy nak tanya, ap penyakit yg sy hadapi??sbb masa jmpa dgn doktor, doktor kata sy tiada mslh ketumbuhan atau apa apa. Jd doktor hanya bg ubat hormon sbb katanya sy terlalu stres. Keadaan itu berulng ulg. Tak kan sy stres spnjg masa? Saya Mohon bantuan doktor. Saya dah x tau nak buat apa lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang berpanjangan. Secara umum, terdapat beberapa penyebab terjadinya masalah haid yang berpanjangan, antaranya ialah:
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda perlu segera berjumpa doktor, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi untuk penerangan lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih