
Sulit
4 tahun
Haid berpanjangan selama 4bulan
Saya ana wanita berumur 24thun ,sudah berkahwin sebulan ,saya mengalami msalah period yg berpanjangan dari bulan11 sampai sekarang tak berhenti ,tapi secara langsung 2hari dalam sebulan tu ada berhenti lpastu ada balik darah haid ,dia bukan yg mcm period biasa ,tapi ketul2 .apa ptut saya buat atau yg patut saya amalkan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana haid yang berpanjangan boleh disebabkan masalah yang serius dan mendatangkan komplikasi.
Sila berjumpa dengan doktor segera, lebih-lebih lagi jika anda mengalami gejala dan tanda ini:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari atau senggugut
- Perut kembung
- Pendarahan berpanjangan
- Pucat dan pitam
- Lemah dan lesu seluruh badan
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Gejala-gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.