
Sulit
5 tahun
Haid berpanjangan tapi sedikit sahaja pada waktu tertentu
Hi Doc,
Saya mengalami haid berpanjangan. Hari ini adalah hari ke 17. Ini adalah kali pertama. Bagi kitaran yang lepas, juga agak panjang tetapi dalam 13 hari sahaja. Selalunya kitaran saya akan lewat dari yang sebelumnya tapi kali ini awal seminggu dari kitaran yang sebelumnya. Cecair yang keluar ni selalunya waktu pagi. Di sebelah petang dan malam macam tak ada apa-apa. Ada satu hari tu setitik sahaja yang keluar pada waktu petang sehingga keesokan hari. Mohon pencerahan. Umur saya sekarang adalah 39 tahun dan belum berkahwin.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - faktor risiko seperti umur yang lanjut, ujian pap smear positif, sejarah kekeluargaan
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin/diclofenac
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.