
Sulit
4 tahun
Haid berterusan melebihi 15 hari
Saya wanita berusia 24 tahun…saya mengalami haid berterusan selama 3 minggu…dlu saya pernah mengalami keadaan yg sama pada 2019 hujung tahun sehingga bulan 2 ,2020…saya suda membuat pemeriksaan dan keadaan saya normaldoktor…keadaan saya normal…tapi masalah tersebut dtng kmbali…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pengeluaran haid yang berpanjangan dan pernah berlaku sebelum ini. Untuk makluman anda, perkara ini mungkin hanyalah perkara yang normal kerana 50% segolongan wanita mengalami haid yang tidak teratur. Namun, ia boleh disebabkan oleh penyakit yang serius sekiranya ia tidak diambil tindakan. Antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- Kecederaan pada dinding rahim
- Ketumbuhan fibroid
- Jangkitan kuman pada rahim atau pelvis (PID)
- Kanser rahim
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlaku secara berpanjang dan semakin teruk. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.