
norfaridah3370
5 tahun
Haid berterusan selepas berhenti suntikan perancang
Slps mlhirkn anak prtma pdh 27/1/17 sy tlh mgmbil sntikan prncng dan slama 2 thun…pda febuari 2019 sy brhnti utk mgmbil sntikan…dlm 3 bulan prtama haid sy x menentu…ada stu bulan sy lngusng x period…dan skg almost 2 months sy stiap hri kluar drah…mostly drah brwarna hitam…kalau kluar drah merah pun perut msti meragam…sy keliru yg mna stu drah haid sbnr sy ekoran stiap hri sy kluar drah…adkah ini srius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, haid berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Justeru, haid tidak teratur adalah efek samping daripada pengambilan suntikan perancangan yang boleh anda jangkakan. Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih