
Sulit
3 tahun
Haid berterusan tapi sedikit
Salam sejahtera,saya wanita 39 tahun,belum berkhawin.saya ada masalah sengugut selepas dua tahun pertama kali haid sehingga sekarang.permasalahan nya di sini…3 tahun kbelkgan ini sengugut saya semakin sakit …dan haid saya tidak teratur. Sakit perut hari pertama dan kedua semasa haid,selepas hari ke 4 haid saya berhenti tetapi akan ada keluar darah yang sikit warna coklat merah setiap kali saya buang air kecil dan darah ini keluar sehinggah lah saya akan datang haid semula. Begitu lah seterusnya akan berulang. Ini membuat badan saya terasa lesu,penat tidak rasa selesa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Fibroid dalah rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan